Sorry
0 Superb(s)
Hi. We want to apologize as we not updated the new episode. We have some exams and we must focus on study right now. We need more admins for this page. I hope you guys could help us. We will update more episodes after we finished our exams. We promise that. We really really sorry about that. This is our page. Please support us, and leave the message for info. And we need more admins A.S.A.P. Thank you and sorry again.
-Jongho.
Tears Print: He is not here (Episode 1: Part 3)
0 Superb(s)
Yoona's Part.
From Lee Taemin's (contoh)
Aku suka bunga. Tetapi bunga juga seperti aku. Bunga lawa, tetapi tanpa air. Dia akan layu. Begitu juga dengan aku. Aku akan sangat sedih apabila cinta aku putus. Aku jadi layu seperti bunga. Orang kata, aku lawa seperti bunga dan aku juga layu seperti bunga bila mereka melihat aku yang sedih. Ramai orang fikir aku orang yang ramai kawan dan suka bercakap. Sebenarnya aku bukan lah begitu. Aku cuba untuk menjadi begitu. Cuma seorang sahaja yang tau perangai aku sebenar. Kim Jonghyun.
Yoona adalah murid yang sangat dipandang tinggi di sekolah. Dia kelihatan seperti orang yang banyak cakap kerana sangat dikenali tetapi faktanya dia hanya cuba menjadi orang yang banyak bercakap. Dia dahulunya seorang yang pendiam.
Jonghyun: Yoona-ah. Tengok ni.
Yoona memandang Jonghyun. Jonghyun tunjuk seekor ulat beluncas berwarna putih di atas bunga. Yoona terkejut sedikit tetapi mukanya tak ada reaction.
Jonghyun: Lahh, tu je reaction awak? Haha.
Yoona: Ah, saya geli jugak. Boleh tak awak lepaskan ulat tu. Sa-saya geli.
Lembut suara Yoona menyuruh. Jonghyun hanya turut perintahnya. Mereka sedang picnic di satu padang yang indah luas ditemani dengan bunga-bunga yang cantik dan mereka duduk di atas tikar dan juga makanan-makanan yang dibawa dari rumah Yoona. Jonghyun tiba - tiba baring di atas riba Yoona.
Yoona: Oh, J-jonghyun.
Jonghyun: Biarkan saya seketika begini. Saya suka sangat udara segar ni. Ahh!
Kata Jonghyun sambil mengeliat dan tutup matanya. Yoona tergelak.
Jonghyun: Hmm, baru berapa minggu kita bersama. Awak memang tak banyak cakap tapi saya suka sangat awak. Cara awak nilah yang memikat saya.
Yoona: Lambat laun mungkin awak bosan sebab saya ni pendiam sangat.
Jonghyun: Saya tak kisah. Kwenchana Yoona-ah. Selagi ada di sisi awak. Saya tak pernah rasa bosan.
Jonghyun menarik leher Yoona sambil terbaring di atas peha Yoona. Yoona terkejut dan tiba-tiba Jonghyun mengucupnya. Itu adalah ciuman pertama indah mereka tercipta.
Jonghyun: Saya dah cakap saya tak bosan langsung.
Yoona tergelak. Mereka berdua berasa malu.
Yoona teringat semua memory dia bersama Jonghyun. Kenapa Jonghyun meninggalkan dia? Kenapa dia berubah menjadi seorang yang kelihatan mengejar popular.
~~
Yoona: Lee Taemin. Lee Taemin!
Teriak Yoona yang sangat risau kerana tiba - tiba sahaja Taemin jatuh pengsan.
'Taemin: Noona neomu yeuppoda..'
Itu kata-kata Taemin yang sangat menakutkan Yoona. Yoona meminta bantuan pelajar-pelajar lain.
~~
Kenapa tiba-tiba dia pengsan. Kata hati Yoona yang menemani Taemin sedang terbaring di klinik kesihatan sekolahnya. Yoona sudah terlambat ke kelas. Dia bangun dengan senyap supaya Taemin tidak terkejut. Tiba-tiba tangannya digenggam.
Taemin: Kajimma.
Taemin berkata sambil tidur.
Yoona: Tae-taemin?
Taemin kelihatan seperti tengah tidur. Yoona cuba lepaskan genggaman Taemin.
Taemin: Jeongmal kajimma, Yoona-sunbae.
Yoona sangat terkejut. Mata Taemin sedang memandang dia.
Yoona: A-awak dah sedar.
Taemin: Ah. Ye. Nampaknya.
Yoona: Kenapa awak tetiba pengsan ni?
Yoona duduk kembali. Taemin tersenyum.
Taemin: Sebab Yoona-sunbae sangat lawa!
Taemin seperti berubah, tiba-tiba dia jadi seorang yang aegyo. Taemin tersenyum sambil tersengih-sengih.
Yoona: Saya dah lambat kekelas.
Taemin: Ta-tapi, awak yang buat saya pengsan. Awak kena jaga saya.
Yoona: Ahh..
Yoona terdiam, dia sedikit bersalah dan rasa terbeban. Dia sangat suka Taemin yang tiba-tiba sahaja acting aegyo. Tetapi dia pelik kenapa Taemin tiba-tiba sahaja berubah.
Taemin: Mesti awak pelik kan? Hehe, saya ni ada penyakit. Amnesia dan Bipolar. Amnesia saya cepat pengsan dan Bipolar mood saya berubah lepas kena Amnesia. Tapi percayalah, inilah perangai saya yang sebenar. Ppyong!
Yoona tergelak kecil. Taemin terlalu lain daripada semalam.
Taemin: Oh. Saya tak sangka saya dapat cakap dengan awak selama ni.
Yoona: Ah? Maksud awak?
Taemin yang sedang sandar di penghadang depan katil menarik tangan Yoona. Mukanya dan Yoona sangat dekat.
Taemin: Sebab saya suka awak.
Taemin agak kelakian ketika itu. Yoona menolaknya perlahan.
Yoona: Saya dah lambat ke kelas.
Taemin: Kenapa awak pulak yang tak banyak cakap macam semalam?
Yoona bangun dan mula berjalan. Taemin menunggu jawapannya. Yoona menoleh.
Yoona: Saya pendiam. Itu saya sebenar.
Yoona pergi dari situ. Taemin sebenarnya sangat berdebar berdepan dengan orang yang dikaguminya dan disukainya.
~~
Yoona berjalan di koridor untuk ke kelas. Tiba-tiba dia terserempak dengan Jonghyun. Dia memandang Jonghyun dan Jonghyun memandang dia. Mereka berselisih dan teruskan berjalan. Yoona berjalan dengan cepat. Dia masih mengharapkan Jonghyun menegurnya.
Tegurlah saya, awak masih tak jauh dari saya. Jaebal. Hajimma Jonghyun-ah.
Dia perlahankan langkahnya. Menunggu teguran dari Jonghyun.
Ahh, tak mungkin lah. Bukankah sekarang dia bersama dengan ideal type dia. Yang banyak bercakap. Kalau dia tegur aku, aku masih tak membalasnya. Tapi,
aku mampu lakukan apa sahaja untuk berubah deminya.
Yoona menoleh kebelakang, dengan perlahan. Dia mengharapkan sesuatu. Dia sangat mengharapkan sesuatu. Dia menoleh kebelakang, dan tiada lagi bayangan Jonghyun. Koridor kosong. Yoona terduduk. Dia terdiam.
Semuanya tak akan berlaku. Sampai bila bila.
Berhenti berharap, Yoona. Tak mungkin dia akan jadi milikku sekali lagi..
*To be continue*
Labels: Tears Print
Tears Print: Kill Myself (Episode 1: Part 2)
0 Superb(s)
Jiyeon's part.
Irama lagu di Club Sevilious ini beralun dengan irama yang mengasyikkan. Aku menari mengikut gerak tarian bebasku sendiri tanpa menghiraukan orang disekelilingku yang sedang memandang aku. Apa salah aku? Kenapa mereka memandang aku begitu? Ahh, biarkan saja. Aku berhenti dan terus pergi ke bar tersebut lalu meminta satu gelas kecil dan jugak sebotol Soju. Sudah tiga gelas aku minum tetapi mengapakah aku masih tidak mabuk? Tiba tiba, ada seorang yang berbadan tegap menarik tanganku lalu dilemparkan keluar daripada Club tersebut. Aku berasa sangat marah.
Pengawal ; Hey, kamu budak sekolah, pergi dari sini. Sekarang sudah hampir pukul 12. Tidakkah kamu akan kesekolah esok?
Jiyeon ; Ya! Awak ni tiada adab ye? Tak ye pun, awak boleh halau saya itu cara yang terbaik lagi dari menarik tangan saya. Awak tahu tak sakit?!
Pengawal ; Ahh, seriously budak ni.. Kamu pergi balik sahaja lah. Tempat ini tidak sesuai dengan umur kamu!
Jiyeon ; Mana awak tahu umur saya berapa? Awak tidak kenal saya pun! Ahh!
Aku menggenggam tanganku ingin menumbuk muka pengawal tersebut tetapi tiba tiba, Eunji berlari datang ke arah ku.
Eunji ; Onnie! (Kakak) Jangan buat macam tu! Haish, maafkan saya tuan pengawal! *bows* Saya akan bawa dia pergi dari sini. *menarik tangan Jiyeon* Mari kita pergi.
Jiyeon ; Ya! Awak pun nak kene penumbuk saya ni ke?
Eunji ; Tidak lah, saya cuma nak bawak kakak balik. Kan dah lewat ni. Esok kita nak pergi sekolah sama sama kan? Kakak dah janji!
Jiyeon ; Haish, kakak tak rasa kakak nak pergi sekolah esok.
Eunji ; Kakak! Kakak kan dah janji dengan saya! Mana boleh macam ni.
Jiyeon ; Ahh, apa apa je lah. Mana Jonghyun? Bukankah sepatutnya dia akan sentiasa berada di sisi kamu? Haish dia ni nak kene penumbuk juga ke?
Eunji ; Kakak ni, saya yang suruh dia balik lah. Saya nak jemput kakak.
Jiyeon ; Haish, dia tu jangan nak ambil kesempatan pada kamu pula!
Eunji ; Kakak ni, mana ada lah..
*FLASHBACK*
'Appa appa' aku berlari sambil memanggil ayahku. Aku berlari dengan penuh semangat. Ayah aku memegang tanganku sambil membawa aku lari daripada seseorang. Aku tidak tahu kenapa kami berlari larian. Aku hanya terus berlari dari sebuah bangunan yang sudah lama tiada penghuni hinggalah ke satu lorong yang tiada seorang pun berani menjejakkan kaki disini. Aku berhenti kepenatan. Ayah ingin mendukung aku tetapi dengan pantas nya ada seorang yang menarik aku dari tangan ayah aku. Aku seolah olah tidak tahu ingin membuat apa lagi. Aku hanya berasa ketakutan dan hanya fikir nyawa aku sendiri dan juga ayah aku. Aku menangis ketakutan. Tiba tiba, mereka bertengkar. Aku tidak pasti apa yang mereka sedang tengkarkan. Tiba tiba, 'dia' mengacukan pistol di kepala ayahku lalu menekan picu. Aku hanya menjerit memanggil ayah aku. 'Dia' dan rakan rakannya berlari dari situ.
Jiyeon ; Appa! Appa, wae?! (mengapakah) Appa, appa tak kan tinggalkan saya kan? Appa, tak kan kan? Appa!
Ayah aku melelapkan matanya. Aku berasa penuh dendam. Aku hanya berdiam buat seketika. Aku ingin mencari siapa 'dia'. Aku mengambil kayu basball yang tertinggal di tepi jalan itu lalu mengekori mereka dari belakang. Sampai sahaja di suatu tempat, aku terus memukul semua orang di situ. Aku tidak dapat mencari 'dia', Tiba tiba kepalaku bagaikan diketuk dengan besi yang amat keras. Aku jatuh pengsan. Aku sedar sedar sahaja aku sudah berada di hospital bersama Eunji. Keluarga Eunji membela aku dan menganggap diriku sebagai ahli keluarga mereka juga. Aku amat menyanyangi mereka sepenuh hati aku. Aku tidak mempunyai sesiapa lagi.
*END*
5 Tahun berlalu. Kini aku berusia 16 tahun dan Eunji berusia 15 tahun. Kami tinggal berjauhan daripada kedua ibubapa Eunji kerana ingin berdikari. Hidup aku menjadi tunggang langgang sejak hidup berdikari. Aku tidak fikirkan lagi tentang apa itu 'pelajaran'. Itu lah aku, Park Jiyeon.
Eunji ; Kakak, kenapa kakak diam je ni? Huh?
Jiyeon ; Deh? Err, tiada apa apa. Kakak tak fikir apa apa pun. Kakak cuma tak tau nak cakap apa. Marilah balik, kakak dah penat ni.
Eunji ; Ya lah tu. Haha baik lah kakak mari kita balik!
Tiba tiba.
'Someone' ; Jiyeon ah!
Jiyeon ; Eo? Siapa kamu?
'Someone' : Haish, lama kita tak berjumpa. Mana kamu menghilang eh?
Eunji ; *pegang tangan Jiyeon* Kakak, siapa tu?
Jiyeon ; Kakak tidak tahu! Ya, siapa kamu?!
'Someone' ; Kamu ni, cepat betul lupa pada kami. Haa, mungkin kamu kenal lagi tuan kami?
Jiyeon ; Ya, baboya! (dungu) Siapa kamu hah?!
'Someone' ; Apa kamu panggil saya?! Betul ni kamu tak kenal saya? *gelak* Kamu masih rindukan mereka? *tunjuk gambar*
Jiyeon ; *tergamam* K-kamu..kamu?
'Someone' ; Tuan kami nak tuntut balik hutang mereka! Kamu perlu bayarnya balik!
Jiyeon ; Saya tak nak berbincang hal ini sekarang!
'Someone' ; Habis tu bila? Nak tunggu keluarga angkat kamu pulak mati? *gelak*
Jiyeon ; Y-ya!
Eunji ; Kakak, apa yang dia cakap kan tu?
Ayah, mak macam mana ni. Orang lain tak boleh tahu tentang hal ni. Tolong saya!
Bersambung...
Labels: Tears Print
Tears Print: Its the picture (Episode 1: Part 1)
0 Superb(s)
Taemin's part.
Aku adalah Lee Taemin. Kehidupan harianku belajar di sebuah sekolah bernama St. Gordan High School. Aku belajar di tahun kedua. Jadi umur aku baru 16. Aku kalau boleh nak jadi orang tua secepat mungkin. Walau macam mana, si dia pasti lebih tua dari aku untuk selama-lamanya.
'Heh heh' Taemin berlari. Nikon D90 sentiasa menjadi rantai Taemin.
Taemin: 'Aku dah lambat ke?'
Taemin melihat jam buat beberapa kali. Dia berlari sekuat hatinya. Bayang sekolahnya sudah kelihatan. Dia mempercepatkan jalannya. Hari ni hari sabtu, jadi kenapa Taemin perlu lari untuk ke sekolah? Taemin sudah masuk ke kawasan sekolahnya. Dia pergi ke bilik 'Kelab Penggubahan Bunga'.
Jantungnya seolah-olah terhenti melihat seorang perempuan yang dikaguminya. Dia mula menangkap gambar perempuan itu dari luar tingkap tanpa disedari oleh ahli kelab itu. Itulah rutin sabtu untuk Taemin. Selepas penat menangkap gambar perempuan itu. Taemin beralih pandangan dan sandar pada dinding.
Taemin: Kenapa lah awak cantik sangat.. Haish..
Taemin tengok balik hasil photography dia. Dia sangat berpuas hati. Dia memegang screen DSLR nya dan seolah-olah sedang membelai pipi perempuan itu.
Taemin: Awak buat saya jadi camni, Im Yoona.
Taemin bangun dan mula mengintai lagi. Kelihatan Yoona sedang keseorangan. Taemin tahu ahli-ahli kelab yang lain sudah pulang. Dia selalu fikir ini adalah peluangnya untuk meluahkan perasaan. Tetapi pasti usahanya gagal kerana dia takut Yoona akan menolaknya kerana dia lebih muda dan juga seorang stalker. Mungkin dirinya akan dianggap pervert. Taemin sedang menunduk kebawah seperti berfikir. Yoona menoleh kearah tingkap dan ternampak Taemin.
Taemin memandangnya, dan dia sangat terkejut sampai terjatuh tergolek daripada bukit. Yoona sangat terkejut dan terus lari dan membuka tingkap.
Yoona: Awak tak apa-apa?
Tanya Yoona yang sedang melihat Taemin dipenuhi dengan daun-daun di sekelilingnya.
~~
Yoona sedang membalut luka Taemin. Taemin sangat berdegup kencang. Degupannya dapat didengari. Yoona meletak ubat di pipi Taemin yang tercalar akibat ranting pokok.
Taemin: SSssi. Apa, apa (sakit, sakit)
Yoona tak mempedulikan kesakitannya.
Yoona: Name awak ape?
Taemin: Taemin. Lee Taemin hinmida.
Yoona: Apa awak buat dekat sini, lagi-lagi apa awak buat dekat tingkap tadi?
Taemin: Saya tangkap- Ahh saya photographer sekolah. Jadi cikgu suruh saya tangkap gambar kelab yang ada activity hari sabtu.
Yoona: Jeongmal? Jadi awak tangkap gambar saya tadi?
Taemin: N-nae.
Yoona: Boleh saya tengok?
Taemin: A-a-andwae! Annyeong gyeseyo.
Taemin tunduk dan lari.
Yoona: Ahh. Jinjah? Heh.
~~
Taemin: Makin lama aku dengan dia makin naik nerve aku.
Taemin teringat Yoona yang meletakkan ubat di pipinya. Seperti sedang terbang di awan-awangan. FIUHH~
Taemin berjalan untuk pulang kerumah. Di saat baru untuk melepasi gate sekolahnya. Tiba-tiba..
Yoona: Lee Taemin-ssi!
Taemin terpaku. Dia taktahu ape perlu dia buat. Dia berpeluh. Dia menoleh kebelakang dengan senyuman robotnya. Yoona pelik. Yoona mendekati dia.
Yoona: Janganlah buat muka macam tu, saya takkan tanya pasal gambar tu pun.
Taemin: Ah baguslah.
Taemin pusing dan terus jalan.
Yoona: Ya! Lee Taemin. Saya belum habis cakap.
Taemin: Ca-cakap cepat.
Yoona: Boleh tak kita balik rumah same-same?
Taemin: Kite bukannya kawan.
Kata Taemin yang pantas serupa robot. Yoona tergelak kecik.
Yoona: Ahh yelah. Kite cakap tak sampai 100 patah perkataan. Mungkin.
Taemin: Ahh, m-mungkin.
Yoona: Saya Im Yoona. Mungkin kita boleh jadi kawan mulai hari ni.
Yoona menghulurkan tangannya.
Taemin: Kenapa awak nak kawan dengan saya?
Yoona: Aigoo. Lurusnya awak ni. Mesti saya ni sunbae awak kan?
Taemin: Ah ye. Tapi saya tak kisah!
Yoona: Ape yang tak kisah? So, mulai hari ni kita jadi kawan.
Taemin: Ahh ye.
Aku pelik. Dia sudah cukup popular. Kenapa dia mahu berkawan dengan orang dungu macam aku ni? Setahu aku, dia sudah cukup sombong untuk berkawan dengan orang. Dah 2 tahun aku tunggu untuk berkawan dengan dia dan akhirnya impian aku tercapai. Tapi kenapa masih.. Aku tak rasa untuk meraikannya.
Yoona: Awak ni boleh tahan rupanya. Emm jomlah. Awak pasti menuju ke stesen keretapi Ddeongguk kan?
Taemin: Ah ye.
Yoona: Saya pun! Mungkin rumah kita dekat.
Taemin: 'Rumah kite selang 3 block. Memang dekat sangat' Ah mungking.
Yoona senyum. Taemin kemerahan.
~~
Malam itu, Taemin print semua gambar Yoona yang ditangkapnya. Dia mule menggantungkan gambar-gambar Yoona. Dia mengedit gambar Yoona kadangkala. Bila dia 'turned on'. Dia edit gambar Yoona menjadi gambar 18sx++.
Taemin: Hari ni impian aku tercapai. Ah tak sangkanya!!
Taemin berbaring atas katilnye yang dipenuhi gambar Yoona. Dia mengambil sekeping gambar Yoona.
Taemin: Kenapa awak tiba-tiba nak jadi kawan saya? Awak tau sesuatu ke?
~~
Pada hari isnin, Taemin sedang lena tertidur di dalam kelas. Tiba-tiba Eunji datang mengejutkan Taemin.
Eunji: Taemin!
Taemin: Ahh?
Taemin menggosok-gosok matanya.
Eunji: Awak tertidur dalam kelas? *aegyo face*
Taemin: Emm ye.
Eunji: Haha, apalah awak ni. Taemin.
Taemin: Yae?
Eunji: Awak dah mula bercakap dengan Yoona-onnie? Emm?
Taemin: Semuanya tak disangka.
Eunji: Mestilah! Kenapa dia tiba-tiba nak cakap dengan awak? Apa dah berlaku?
Taemin: Semuanya sebab saya jatuh bukit.
Eunji: Ahh? maksud awak?
Taemin bangun dan berjalan keluar dari kelas. Eunji hanya melihat.
Eunji: Kenapa dia tak happy? Apelah.
~~
Taemin membasuh mukanya. Dia tiba-tiba ternampak Yoona yang sedang berjalan di block. Taemin terpaku lagi. Yoona ternampak dia dan melambaikan tangan. Taemin hampir pengsan, dia menahan dan kuatkan semangat.
Yoona: Lee Taemin!
Taemin: Yoona-sunbae.
Yoona: Awak basuh muka?
Taemin: Ah ye.
Yoona: Awak nampak sangat berseri! Haha.
Taemin: Yoona-sunbae.
Yoona: Ye?
Taemin: Neomu yeoppudaaaaaaa..
Aku pengsan. Aku taktahu kenapa aku pengsan. Aku dah memang taktahan berdiri di depannya.
Dia sungguh lawa.
Tapi kenapa dengan tiba-tiba dia boleh rapat dengan ku cepat sebegini
Ada sesuatu yang akan berlakukah?
....
....
....
Aku hanya sangat sukakan dia.
To Be Continue..
*camera Taemin*
Labels: Tears Print
Introduction
0 Superb(s)
We call this as wtv. Yeah, we proud of it. And you can use it too. It's not funny. It's like something amazing and awesome. Trust me.
Title : Tears Print
Cast :
Lee Taemin
Im Yoona
Lee Joon
Park Jiyeon
Jonghyun
Eunji
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lee Taemin seorang yang mempunya senyuman yang membuat semua perempuan tertarik. Dia sangat mencintai Yoona.
Im Yoona merupakan seorang senior Taemin, mempunyai bentuk badan yang anggun dan sangat cantik di kalangan sekolahnya. Dia merupakan bekas kekasih Jonghyun.
Lee Joon seorang yang baik hati tetapi sangat benci akan perempuan. Sehingga dia berjumpa dengan Jiyeon segalanya berubah.
Park Jiyeon seorang gadis comel dan periang pada mulanya. Tetapi semuanya berubah atas kejadiaan menimpanya dan hidupnya menjadi tunggang langgang.
Jonghyun seorang yang amat romantik. Dia mempunyai sifat setia pada perempuan. Tetapi perempuan selalu sahaja mempermainkannya.
Eunji seorang yang periang dan merupakan junior yang rapat dengan senior. Dia jatuh cinta pada Jonghyun sejak pertama kalinya terlanggar dengan Jonghyun.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap episode kemungkinan ada 3 part. Have fun! Neomu saranghae.
The Dreamy Fanfic 1st post!
0 Superb(s)
Jadi kami dengan bangganya menggunting riben berwarna merah! Woo. This blog just opened! Jadi tolonglah sama-sama promote blog ini! Kami semua hanya mengharapkan semuanya daripada anda semua. You guys are not our lovely readers but you guys are our CHINGU!
Bows sampai lantai* Neomu neomu saranghae!
Labels: The news