Jiyeon's part.

Irama lagu di Club Sevilious ini beralun dengan irama yang mengasyikkan. Aku menari mengikut gerak tarian bebasku sendiri tanpa menghiraukan orang disekelilingku yang sedang memandang aku. Apa salah aku? Kenapa mereka memandang aku begitu? Ahh, biarkan saja. Aku berhenti dan terus pergi ke bar tersebut lalu meminta satu gelas kecil dan jugak sebotol Soju. Sudah tiga gelas aku minum tetapi mengapakah aku masih tidak mabuk? Tiba tiba, ada seorang yang berbadan tegap menarik tanganku lalu dilemparkan keluar daripada Club tersebut. Aku berasa sangat marah.
Pengawal ; Hey, kamu budak sekolah, pergi dari sini. Sekarang sudah hampir pukul 12. Tidakkah kamu akan kesekolah esok?
Jiyeon ; Ya! Awak ni tiada adab ye? Tak ye pun, awak boleh halau saya itu cara yang terbaik lagi dari menarik tangan saya. Awak tahu tak sakit?!
Pengawal ; Ahh, seriously budak ni.. Kamu pergi balik sahaja lah. Tempat ini tidak sesuai dengan umur kamu!
Jiyeon ; Mana awak tahu umur saya berapa? Awak tidak kenal saya pun! Ahh!
Aku menggenggam tanganku ingin menumbuk muka pengawal tersebut tetapi tiba tiba, Eunji berlari datang ke arah ku.
Eunji ; Onnie! (Kakak) Jangan buat macam tu! Haish, maafkan saya tuan pengawal! *bows* Saya akan bawa dia pergi dari sini. *menarik tangan Jiyeon* Mari kita pergi.
Jiyeon ; Ya! Awak pun nak kene penumbuk saya ni ke?
Eunji ; Tidak lah, saya cuma nak bawak kakak balik. Kan dah lewat ni. Esok kita nak pergi sekolah sama sama kan? Kakak dah janji!
Jiyeon ; Haish, kakak tak rasa kakak nak pergi sekolah esok.
Eunji ; Kakak! Kakak kan dah janji dengan saya! Mana boleh macam ni.
Jiyeon ; Ahh, apa apa je lah. Mana Jonghyun? Bukankah sepatutnya dia akan sentiasa berada di sisi kamu? Haish dia ni nak kene penumbuk juga ke?
Eunji ; Kakak ni, saya yang suruh dia balik lah. Saya nak jemput kakak.
Jiyeon ; Haish, dia tu jangan nak ambil kesempatan pada kamu pula!
Eunji ; Kakak ni, mana ada lah..
*FLASHBACK*
'Appa appa' aku berlari sambil memanggil ayahku. Aku berlari dengan penuh semangat. Ayah aku memegang tanganku sambil membawa aku lari daripada seseorang. Aku tidak tahu kenapa kami berlari larian. Aku hanya terus berlari dari sebuah bangunan yang sudah lama tiada penghuni hinggalah ke satu lorong yang tiada seorang pun berani menjejakkan kaki disini. Aku berhenti kepenatan. Ayah ingin mendukung aku tetapi dengan pantas nya ada seorang yang menarik aku dari tangan ayah aku. Aku seolah olah tidak tahu ingin membuat apa lagi. Aku hanya berasa ketakutan dan hanya fikir nyawa aku sendiri dan juga ayah aku. Aku menangis ketakutan. Tiba tiba, mereka bertengkar. Aku tidak pasti apa yang mereka sedang tengkarkan. Tiba tiba, 'dia' mengacukan pistol di kepala ayahku lalu menekan picu. Aku hanya menjerit memanggil ayah aku. 'Dia' dan rakan rakannya berlari dari situ.
Jiyeon ; Appa! Appa, wae?! (mengapakah) Appa, appa tak kan tinggalkan saya kan? Appa, tak kan kan? Appa!
Ayah aku melelapkan matanya. Aku berasa penuh dendam. Aku hanya berdiam buat seketika. Aku ingin mencari siapa 'dia'. Aku mengambil kayu basball yang tertinggal di tepi jalan itu lalu mengekori mereka dari belakang. Sampai sahaja di suatu tempat, aku terus memukul semua orang di situ. Aku tidak dapat mencari 'dia', Tiba tiba kepalaku bagaikan diketuk dengan besi yang amat keras. Aku jatuh pengsan. Aku sedar sedar sahaja aku sudah berada di hospital bersama Eunji. Keluarga Eunji membela aku dan menganggap diriku sebagai ahli keluarga mereka juga. Aku amat menyanyangi mereka sepenuh hati aku. Aku tidak mempunyai sesiapa lagi.
*END*
5 Tahun berlalu. Kini aku berusia 16 tahun dan Eunji berusia 15 tahun. Kami tinggal berjauhan daripada kedua ibubapa Eunji kerana ingin berdikari. Hidup aku menjadi tunggang langgang sejak hidup berdikari. Aku tidak fikirkan lagi tentang apa itu 'pelajaran'. Itu lah aku, Park Jiyeon.
Eunji ; Kakak, kenapa kakak diam je ni? Huh?
Jiyeon ; Deh? Err, tiada apa apa. Kakak tak fikir apa apa pun. Kakak cuma tak tau nak cakap apa. Marilah balik, kakak dah penat ni.
Eunji ; Ya lah tu. Haha baik lah kakak mari kita balik!
Tiba tiba.
'Someone' ; Jiyeon ah!
Jiyeon ; Eo? Siapa kamu?
'Someone' : Haish, lama kita tak berjumpa. Mana kamu menghilang eh?
Eunji ; *pegang tangan Jiyeon* Kakak, siapa tu?
Jiyeon ; Kakak tidak tahu! Ya, siapa kamu?!
'Someone' ; Kamu ni, cepat betul lupa pada kami. Haa, mungkin kamu kenal lagi tuan kami?
Jiyeon ; Ya, baboya! (dungu) Siapa kamu hah?!
'Someone' ; Apa kamu panggil saya?! Betul ni kamu tak kenal saya? *gelak* Kamu masih rindukan mereka? *tunjuk gambar*
Jiyeon ; *tergamam* K-kamu..kamu?
'Someone' ; Tuan kami nak tuntut balik hutang mereka! Kamu perlu bayarnya balik!
Jiyeon ; Saya tak nak berbincang hal ini sekarang!
'Someone' ; Habis tu bila? Nak tunggu keluarga angkat kamu pulak mati? *gelak*
Jiyeon ; Y-ya!
Eunji ; Kakak, apa yang dia cakap kan tu?
Ayah, mak macam mana ni. Orang lain tak boleh tahu tentang hal ni. Tolong saya!
Bersambung...
Labels: Tears Print